Wednesday, March 7, 2012

Mesy JK kali pertama

Rabu, 7.3.12 - Mesyuarat JK kali pertama telah diadakan di bilik mesyuarat SM3KB bermula 10 pagi dan berakhir pada jam 2 petang. Berbagai cadangan dan keputusan telah dicapai untuk kemajuan sekolah dengan kerjasama ibubapa. Surat makluman akan diedarkan kepada ibubapa.

Saturday, February 18, 2012

MESYUARAT AGUNG KE 38

Sabtu, 18.02.12 - Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38 sedang berlangsung di Dewan Bestari SM3KB yang dirasmikan oleh Timb PPD Hulu Selangor, En Jamaluddin bin Abdul Kadir. Kehadiran amat menggalakkan sehingga melimpah keluar dari dewan yang penuh sesak. Pihak pengurusan sekolah memohon maaf kepada semua ibubapa kerana kurang selesai dengan tempat mesyuarat kerana tempahan Auditorium Hj Mansor, Akademi Bomba dan Penyelamat terpaksa dibatalkan kerana kerja-kerja pengubahsuaian yang dibuat oleh pihak berkuasa akademi berkenaan. Seperti biasa pengisian majlis adalah siri ucapan dan perasmian sebelum agenda mesyuarat bermula. Butiran lengkap resolusi mesyuarat akan menyusul.

Thursday, January 19, 2012

Mesyuarat JK kali akhir

Khamis, 19.1.2012 - Mesyuarat Jawatankuasa kali terakhir untuk sesi 2011-2012 sedang berlangsung hari ini. Mesyuarat akan menetapkan tarikh Mesyuarat Agung Tahunan ke 38 dan berkaitan dengannya. Keputusan JK Mesyuarat Agung kali ke 38 akan diadakan pada 18 Februari 2012 bertempat di Auditorium Bomba & Penyelamat.KKB bermula jam 8.00 pagi. Perasmi jemputan yang dicadangkan YB Kamalanathan -Ahli Parlimen Hulu Selangor. Semua ibubapa/penjaga adalah dijemput hadir. Notis mesyuarat akan menyusul.

Thursday, February 24, 2011

Mesyuarat AJK kali Pertama

Khamis, 24.2.11 - Mesyuarat kali pertama AJK PIBG sedang berlangsung di bilik pengurusan SM3KB. Tujuan mesyuarat lebih kepada perkenalan di kalangan ahli. Antara perkara yang ditengahkan ialah perancangan terbaik bagi kejayaan & kecemerlangan sekolah untuk tahun 2011.
Antara program tetap di sekolah :
1. Perkhemahan Majlis Kepimpinan Pelajar (MKP) - melatih pemimpin pelajar (dulu pengawas).
2. Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik - PMR,SMP,STPM
3. Program Motivasi Asrama -
4. Hari Graduasi & Restu Ilmu - (selepas peperiksaan percubaan)
5. Kem Remaja Rabbani - semua tingkatan
6. Hari Raya Perdana
7. Projek membina surau baru pembiayaan Datuk Setia Adib (x-SMKKKB) - RM150K - JK akan dibentuk untuk memastikan kejayaannya.
8. Projek pokok dragon fruit di asrama - dihidupkan semula.
9. Projek Z-score untuk PMR & SPM
9. Cadangan program tambah kewangan PIBG -
i. tabung bergerak semasa makan malam asrama 25.2.11 (Jumaat)
ii. Hari Keusahawanan
iii. Program Kitar Semula dgn kerjasama MDHS - Kelab Pencinta ALam & SGSS
iv. Program anjuran MDHS - beri pelung PIBG berniaga untuk tambah dana.
v. Bekerjasama dengan RComm

Saturday, February 12, 2011

MESYUARAT AGUNG KALI KE 37



Sabtu, 12.2.11 - Mesyuarat Agung PIBG kali ke 37 diadakan hari ini bertempat di Auditorium Hj Mansor, Pusat Latihan Bomba KKB bermula jam 9 pagi. Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh YB Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor. Mesyuarat berjalan lancar dengan beberapa resolusi telah dicapai untuk kebaikan pelajar SM3KB. Gambar penuh di http://www.pibgsm3kb37.blogspot.com/

Friday, June 25, 2010

Mesyuarat bersama PIBG-ALUMNI

Sempena sambutan Jubli Emas yang akan berlangsung pada 25 September 2010, satu mesyuarat sedang berlangsung di SM3KB. Pelbagai aktiviti dirancang termasuk walkaton, makan malam selani niklan dlaam buku aturcara untuk mengumpul dana Tabung PBIG dan ALUMNI. Untuk makluman dari semasa ke semasa sila layari blog ini atau http://www.persatuanalumnismkkkb.blogspot.com/

Saturday, March 6, 2010

MESYUARAT AGUNG KALI KE 36


Sabtu -(6 Mac 2010)Bertempat di Auditorium Hj Mansor, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, KKB, Mesyuarat Agung kali ke 36 telah berlangsung hari ini. Dalam persekitaran yang dingin dalam dan luar (hujan mulai turun) dewan menjadikan mesyuarat kali ini berjalan dalam suasna tenag dan harmoni. Kehadiran mencecah 570 orang dan merupakan peningkatan yang besar berbanding tahun 2009. Perasmaina mesyuarat tahun ini disempurnakan oleh YB Wong Kun Mun (ADUN KKB). Acara-acara selinga berupa persembahan multimedia, koir dan cabutan nombor bertuah. Mesyuarat yang bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tgh. Beberapa usul telah diterima dalam mesyuarat kali ini termasuk :
1. Tambahan RM10 (menjadi RM30 satu keluarga) sumbangan kepada PIBG mulai 2011.
2. Sumbangan semuala kepada Tabung Bestari RM10 mulai tahun ini.
3. Sambutan Jubli Emas SM3KB tahun 2010.
Perlantikan JK 2010 tidak menampakkan banyak perubahan dengan mengekalkan jawatan YDP dan Timbalan YDP sementara AJK hanya berganti 2 orang ahli (senarai lengkap di sebelah) Tahniah kepada semua JK PIBG 2010 - semoga meningkatkan prestasi kerja ke tahap unggul demi pembangunan pendidikan di SM3KB. Lagi gambar di http://gpbbea5061.fotopages.com/